
Sejarah penubuhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir menyerupai kewujudan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang ditiru dari modul asal Parti Negara yang diasaskan oleh Alahyarham Dato Onn Jaafar.
Gerakan diasaskan pada tahun 1968 oleh enam teraju utama yang terdiri dari berbilang kaum, agama dan bangsa Malaysia. Pengasasnya terdiri dari Prof. Syed Husaain Alatas dari Universiti of Singapore, Dr. David Tan Chee Khoon, Ahli Parlimen Batu ketika itu dan bekas pemimpin Parti Buruh, Dr. J.B.A Peter, Dr. Lim Chong Eu Ahli Parlimen Tanjong ketika itu dan bekas Presiden United Democratic Party, Prof. Wang Gungwu dari Universiti Malaya dan Mr. V. Veerapan, peguam dan bekas pemimpin Parti Buruh.
Ini cerita tahun 1968 ketika Gerakan mual di tubuhkan. Ketika itu Gerakan ingin muncul sebagai sebuah parti yang mewakili rakyat Malaysia. Tidak menggambarkan parti yang diwakili oleh kaum masing-masing. Tidak ada bezanya dengan cadangan Dato Onn Jaafar membentuk Parti Negara.
Selepas Gerakan disahkan pendaftarannya satu komplot menjadikan Gerakan parti China dan India bermula dan penghujungnya Gerakan di pimpin oleh Dr Lim Chong Eu dan Dr. Tan Chee Khoon, manakala Pfof Syed Hussain terkeluar. Modul operandinya cari melayu untuk menggambarkan sebuah parti yang mewakili pelbagai kaum dan selepas dilulus pendaftarannya singkir melayu dan jadikan parti china dan India. Itupun India akan jadi ‘pelengkap’ sahaja dan akhirnya Gerakan menjadi parti China sama seperti MCA dan DAP.
Hari ini, PKR memulakan satu lagi episod yang hampir sama dengan Gerakan satu ketika dahulu. Kalau dulu Prof Syed Hussain dijadikan ‘kambing hitam’ hari ini Dato Seri Anwar Ibrahim pula mengulangi ‘derita duka’ yang sama untuk orang Melayu. » selanjutnya
Kategori : CATITAN TOK AYAH / Komen : 4 Komentar » /